(Foto) Separuh telanjang di 'red carpet'
SEBAIK berlabuhnya tirai Anugerah Akademi ke-87 yang mengiktiraf kejayaan pengkarya seni filem Hollywood, sebuah parti anjuran majalah Vanity Fair diadakan bagi meraikan pemenang yang berjaya mengondol trofi dalam anugerah berprestij berkenaan.
Dalam banyak-banyak selebriti yang tampil manis dengan gaun minimalis mereka, dua selebriti wanita ini menarik perhatian media di sana apabila tampil hampir separuh bogel dalam persalinan hitam yang hampir serupa rekaannya.
Jika dilihat dari depan memang busana hitam rekaan Donna Karan Atelier ini tidak nampak kecacatannya tapi bila Rita Ora mengiringkan badannya ke sisi, jelas kelihatan bahagian punggungnya yang terdedah.
Sementara itu, bekas kekasih Christiano Ronaldo, model kelahiran Rusia, Irina Shayk pun mempunyai taste yang sama dengan Rita apabila tampil dengan busana yang lebih kurang serupa.
Fesyen yang digayakan mereka ini yay or nay pada pendapat anda?
ARTIKEL : (Foto) Separuh telanjang di 'red carpet'
RM200 Only